Thursday, October 23, 2008

RETHINKING COUNTERINSURGENCY: MODERN JIHADIST COUNTERINSURGENCY (1)

RETHINKING COUNTERINSURGENCY: MODERN JIHADIST COUNTERINSURGENCY (1)

Pada hujung tahun lepas telah dikeluarkan sebuah kajian berhubung strategi untuk menangani Islam dengan cara mendanai kelompok Islam liberal, seperti yang dihasilkan dalam laporan kajian 'Building Moderate Muslim Network'.

Pada tahun ini sebuah laporan terbaru yang dikeluarkan oleh RAND Corp, sebuah institut penyelidik yang ditajai Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, telah menghasilkan sebuah kajian yang bertajuk 'Penilaian Semula Pencegahan Pemberontakkan'.

Kajian yang bertajuk 'Penilaian Semula Pencegahan Pemberontakkan' ini dikaitkan dengan gerakan2 terroris yang digelar sebagai 'Jihadist Insurgency' atau 'Pemberontakkan Jihad' oleh John Mackinlay dan Alison Al-Baddawy pada awal bulan Mei yang lepas.

Laporan ini secara kajian empitikal dan akademik melontarkan kritikan kepada kerajaan AS di dalam menangani masalah pemberontakkan terorrisme dikalangan mujahid, 'Jihadist'. Misi di Afghanistan dan Iraq yang disifatkan sebagai kegagalan. AS mengeluarkan dana yang besar dalam menangani masalah pemberontakkan yang berlaku.

Selain daripada dana yang besar, AS juga terpaksa mengerahkan anggora tentera yang besar di dalam melaksana misi tersebut. Korban yang besar serta pendekatan-pendekatan yang dilaksanakan juga dikatakan tidak efisen dan tidak mempengaruhi fenomena global.

Terorris, 'jihadist' ini yang dilihat berjaya dalam propaganda, dan mempengaruhi penduduk dunia. Di samping itu juga pendekatan yang dilaksanakan adalah bersifat global. Dengan perancangan yang tersusun dan dana yang besar daripada arab dan kawasan parsi menjadikan mereka ancaman besar kepada AS dan Barat.

Dalam aspek dunia Islam moden juga laporan ini menyentuh ISlam minoriti dan pendatang ke negara-negara eropah dianggap sebagai ancaman dan masalah kepada keselamatan. Muslim pendatang ini membawa nilai budaya dan fahaman dari negara asal. Idea2, budaya, nilai dari negara asal, sebagai contoh, Arab, Pekistan, India memberikan kesan yang besar kepada sosio politik barat yang menyumbang kepada perkembangan pemberontakan.

Melihat kepada perkembangan ini, RAND Corp menyatakan dalam laporan tersebut beberapa penilaian dan penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membenteras pemperontakkan yang disifatkan sebagai 'Moden Jihadist Counterinsurgency' atau Pembenterasan Pemberontakkan Mujahid Moden'. Gagasan baru kepada pembenterasan tersebut adalah dengan mengambil pengalaman dan strategi yang pernah dilaksanakan oleh British di dalam berhadapan dengan pemberontakkan terutama sewaktu pengembangan empayar Commonwealth.

MUAT TURUN LAPORAN

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

sekyen 14,23 MEI 08, 1.39 am

Tuesday, October 14, 2008

Tahafut at-Tahafut - The Third Jihad


Bulan lepas, isu pengedaran filem Obsession of Islamic Radical di edar secara percuma di beberapa negeri di AS, pembiayaan lebih daripada 10 Juta AS, dengan pengedaran sebanyak lebih daripada 8 juta salinan DVD filem tersebut. Tindakan itu ditaja oleh Clarion Fund yang dikatakan sebagai propaganda untuk mengaitkan Islam dengan Calon Presiden Obama. Obama yang dikatakan Islam, menjadi agenda kepada dominasi Islam. Obama - Islam - Domination, Fascism, Extrmism.

Saya menganggap, filem terbaru the third Jihad adalah lebih jelas tertumpu kepada isu dominasi Islam, dan agenda Islam untuk mengusai AS. Saya melihat, perkara ini sekali lagi akan digunakan untuk kempen, membusukkan imej Obama dalam pemilihan Presiden AS.

Itu satu hal, saya juga ingin menyentuh dalam isu ini apabila kita lihat secara ringkas, kotak pemikiran, pendekatan, worldview, malah tema2 yang diangkat adalah mirip kepada Hizbut Tahrir. Tetapi saya tidak mahu terburu2 di dalam membuat penghakiman. Mohon pendangan dan komen rakan2.

Saya sedang menulis menjawap beberapa isu tentang filem ini.

http://www.thethirdjihad.com/30min.html

Saturday, October 04, 2008

VICE PRESIDENTIAL DEBATE: PALIN vs BIDEN


Tinjauan pendapat secara mengejut mendapati Biden menang dalam perdebatan yang diadakan. Tinjauan Cable News Network (CNN) mendapati beliau memperoleh 51 peratus sokongan, manakala Palin hanya 36 peratus.

Tinjauan stesen CBS pula menunjukkan Biden memperoleh 46 peratus sokongan berbanding 21 peratus untuk Palin.

[ BACA BERITA PENUH...]

Wednesday, October 01, 2008

Catatan Peribadi terhadap Krisis Kewangan dan Pasaran AS


Tindakan ini mendapat tentangan hebat daripada Ron Paul. Beliau cuba untuk meyakinkan bahawa kejatuhan pasaran adalah merupakan sesuatu yang lumrah hasil daripada sistem monopoli Simpanan Persekutuan, Federal Reserve yang bertindak seperti Bank Negara, atau Bank Pusat. Hujah utama yang diutarakan terutama sewaktu berbahas di dalam kongress minggu lalu adalah, Pelan Penyelamat yang bernilai USD 700 Billion sebenarnya akan memusnahkan ekonomi dunia.

Ekonomi dunia boleh musnah melalui Pelan Penyelamat ini kerana apabila duit itu dikeluarkan, duit itu sebenarnya akan dicetak oleh Federal Reserve, dengan jumlah yang begitu besar, nilai mata wang USD akan jatuh. Akibat daripada ini seluruh dunia yang pada ketika ini sandarkan mata wang mereka kepada USD juga akan turut jatuh. Justeru, ekonomi dunia akan berada dalam keadaan kegelapan.

Ron meletakkan kelemahan kepada sistem kewangan dan pengurusan ekonomi yang lemah, mengakibatkan kejatuhan sistem inflasi dan 'corporatism special isterest system'. Presiden Bush mungkin dilihat sebagai seorang yang mewakili rakyat As di dalam memberi respon kepada isu September 11, tetapi di dalam isu ekonomi ini Presiden Bush gagal untuk mengutarakan dan mengurus ekonomi AS.

Apa kesan kepada Malaysia?

Seperti kebanyakan negara-negara membangun lain, Malaysia sandarkan matawangnya kepada USD. pastinya seperti yang telah saya nyatakan tadi jika Pelan Penyelamat itu berlaku, matawang dan pasaran ekonomi Malaysia akan turut jatuh meruntum.

Berita yang agak tidak baik yang saya dapat sebentar tadi mengatakan bahawa kongress akan membahaskan dan membuat undian semula kepada usul untuk mengadakan pelan penyelamat bagi menyelamatkan syarikat gergasi AS serta pasaran saham. Mungkin minggu depan, tetapi apa yang pasti pihak kerajaan AS terpaksa melakukan sedemikian adalah kerana kesan teruk kepada pasaran saham AS, Wall Street se[erti yang telah berlaku. Yang menariknya adalah apabila tindakan untuk mengusulkan semua Pelan Penyelamat ini, Wall Street mula untuk naik mata.

Saya bukanlah orang yang arif tentang ekonomi, tetapi saya prihatin kepada apa yang berlaku. Maaf jika ada antara perkara yang saya usulkan salah. Namun demikian saya yakin Malaysia akan terkesan dengan krisis ini. Najib dalam kenyataannya Selasa lalu menggambarkan kerisauan kepada krisis ini. Tetapi, krisis ini tidak mampu ditangani hanya dengan menggunakan dakwaan rizab negara sebanyak RM406.6 bilion (AS$119 bilion), lebihan akaun negara selain kemasukan pelaburan asing sebanyak RM31 bilion pada 6 bulan pertama tahun ini untuk membuktikan negara sudah cukup kukuh untuk menghadapi krisis ini seperti yang didakwa sebaliknya oleh Najib.

[ BACA SETERUSNYA...]


 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles